Wednesday, March 25, 2009

SENI KHAT TULISAN JAWI- PROF.DR.HASHIM MUSA


Memang tidak dapat dinafikan bahawa terdapat banyak tulisan di dalam Bahasa Arab di alam melayu sama ada untuk merakamkan ayat-ayat suci al-Quran, doa-doa, dan lain-lain yang ditulis di atas pelbagai bahan seperti bati nisan, batu bersurat, dinding-dinding bangunan, masjid, istana, kain dan lain-lain lagi dengan pelbagai tulisan jenis tulisan jawi misanya kufi, Tuluth, Naskhi, Dewani, Farisi, Riqa’, Ta’liq, Nasta’liq dan sebagainya. Misalnya, pada batu nisan seorang wanita bernama Fatimah bt Maimun bin Haibatullah di Leran Jawa Timur bertarikg 1082 masihi.

Terdapat tulisan arab dalam khat kufi yang di hias indah pada batu nisan Malik al Salleh di Pasai bertarikh 1297 masihi pula terdapat tulisan arab dalam khat Thuluth.Begitu juga pada dinding-dinding bangunan dan lain-lain di semenanjung Malaysia seperti di Melaka, Pahang, Kedah terdapat tulisan dalam pelbagai khat seperti khufo, Thuluth, Naskhi, Farisi dan lain-lain lagi.

No comments:

Post a Comment