Monday, March 30, 2009

BAKTI DAN JASA PROF.DR.HASHIM MUSA


Beliau telah dilantik sebagai anggota Panel NUIM (Nadwah Ulama dan Ilmuwan Malaysia) perlantikan Yayasan Dakwah Malaysia dengan bidang tugas memantau dan menangani isu-isu dakwah, amalan agama Islam dan hubungan agama di Malaysia - Oktober 2007 - hingga kini. Di samping itu juga, beliau juga merupakan anggota Panel Penulis Buku Islam Hadhari: Pendekatan Pembangunan Peradaban, perlantikan dan tajaan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, 2007. Selain itu, beliau juga dilantik sebagai Panel Penasihat Unit Kecemerlangan Warisan Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM.
Sebagai seorang cendikiawan, banyak bakti dan sumbangan yang telah dicurahkan oleh beliau. Antara lainnya beliau telah dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Panel Hakim Anugerah Media Islam Negara (AMIN) 2007, Perlantikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Mei 2008. Nyata, perlantikan beliau membawa perubahan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia itu sendiri. Selain itu juga, walaupun beliau sering dibebani tugasan sebagai pensyarah beliau juga tetap dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Penghakiman Hadiah Karya Ilmiah DBP 2007, perlantikan Dewan Bahasa dan Pustaka pada bulan Mei 2008.Seterusnya, pada tahun 2008 juga beliau juga telah menyandang jawatan sebagai Pemeriksa Luat Tesis Ph.D calon Sangkar bin Rasam @Mohd Sharuddin Abdullah, Fakluti Bahasa, yang bertempat di Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim 2008.

No comments:

Post a Comment