Wednesday, April 1, 2009

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN



2001:

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BADAK
Penilaian Menengah Rendah ( PMR )


2002:

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BADAK
Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM )


2005:

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BACHOK
Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia ( 2005 )


2006-2009:

Universiti Putra Malaysia
Bidang Bahasa dan Linguistik Melayu

BIODATA


Hayati bt Seman atau nama penanya ati suzi berasal dari negeri Kelantan. Merupakan anak yang ke tujuh daripada lapan beradik. Mempunyai minat yang mendalam dalam aktiviti bola jaring. Semasa di sekolah sangat aktif dalam persatuan dan badan redaksi sekolah. Pernah juga mendapat beberapa anugerah daripada pihak sekolah di atas pencapain cemerlang akademik. Kini, meneruskan pengajian dalam bidang bahasa dan linguistik melayu di Universiti Putra Malaysia. Seorang yang bercita-cita besar dan mempunyai motivasi yang tinggi dalam hidup.

Tuesday, March 31, 2009

SEMINAR,BENGKEL DAN KERTAS KERJA


Hashim bin Musa, 1997, "Adat Melayu tentang Berkhatan dan Berkhatam: Satu Huraian Ringkas, kertaskerja dibentangkan dalam Kolokium dan Mesyuarat Persatuan Pengajian Melayu Nusan­tara, anjuran bersama UKM, Universitas Jambi dan Lembaga Adat Tingkat I Jambi Sumatera, pada 6‑10 Julai, 1997. di Jambi, Sumatera..

Hashim bin Musa, 2000. “Agama, Falsafah dan Pemikiran Melayu Sebagai Bidang Akademik dalam Pengajian Melayu”, kertaskeraja jemputan khas dalam Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Perpustakaan Negara, di Perpustakaan Negara Malaysa, pada 24-25 Ogos, 2000.

Hashim bin Musa, 2000. “Globalisasi: Ke Manakah Arah Bahasa Melayu Kita?”, kertaskerja jemputan khas dalam Ceramah Temasik IX, anjuran Kesatuan Guru-Guru Melayu Singapura sempena Bulan Bahasa 2000, di Orchard Hotel Singapura, pada 19 Ogos, 2000.

Hashim bin Hj Musa. 2003. “Manifestasi Emosi Serakah, Dengki dan Dendam: Faktor Dalaman Runtuhnya Tamadun Melayu dan Iktibar daripadanya”. Kertaskerja dalam Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu 2003 11-12 Julai, 2003, di Universiti Malaya, anjuran Akademi Pengajian Melayu.

Hashim Hj Musa. 2004. “Citra Hati Budi Melayu.” Kertaskerja dalam Pesidangan Antarabangsa Peradaban Melayu Kedua, 26-28 Februari, 2004, anjuran Institut Peradaban Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, di Kuala Lumpur.

Hashim Hj Musa. 2004. “Penjanaan dan Pembudayaan Kreativiti Bangsa Malaysia melalui Bahasa Melayu: Perjuangan yang Perlu Diselesaikan”. Kertaskerja jemputan khas dalam Seminar Bahasa dan Sastera Sempena Sidang ke-43 Majlis Bahasa Brunei-Indonesia-Malaysia (MABBIM) & Sidang ke-9 Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA), 8-9 Mac, 2004, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka , Kuala Lumpur.
25. Hashim Hj Musa, 2006. “Cabaran Global Abad ke-21 dan Respons Umat Islam”. dalam Kamsiah Abdullah, Mana Sikana, Paitoon M. Chaiyanara, Roksana Bibi Abdullah (Eds.) Budaya: Memeluk akar Menyuluh Ke Langit. Prosiding dalam Persidangan Antarabangsa Bahasa, Sastera, dan Kebudayan Melayu III, anjuran Jabatan Bahasa dan Budaya Melayu Institut Pendidikan Nasional, Universiti Teknologi Nanyang Singapura. 14-16 Julai, 2006.

Hashim Musa, 2007. “Kemajuan Bangsa Malaysia melalui Pembudayaan Ilmu, Sains dan Teknologi dengan Pengantar bahasa Melayu”. Prosiding dalam Seminar Antarabangsa Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu ke-3, 13 – 14 November, 2007, anjuran bersama Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden & Komunikasi UPM, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan dan Warisan Malaysia, di UPM.

Hashim Hj. Musa. 2007. “Tulisan Jawi dan Kesan Keintelektualan Alam Melayu Serantau”, kertas kerja dalam Seminar Aksara: Menjejaki Tulisan Melayu. Anjuran National Library Board of Singapore dan Kesatuan Guru-Guru Bahasa Melayu Singapura, 10 Mac, 2007. di Singapura.

Hashim bin Musa, 2007. “Teras hati budi Melayu seperti terungkap dalam puisi Melayu lama: Cerminan budi pekerti yang mulia, budi bahasa yang santun dan akal budi yang tinggi.” Kertas kerja dalam Seminar Antarabangsa Psikolinguistik I, anjuran Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM, 4-5 Disember, 2007. di Putrajaya.

Hashim Hj Musa. 2006. “Pemerkasaan Bahasa Melayu di Arena Antarabangsa demi Kemajuan Negara Bangsa Malaysia di Persada Dunia”. Dalam Prosiding Persidangan Bahasa Melayu dalam Perspektif Antarabangsa tahun 2008. anjuran IPGM Kampus Bahasa Melayu Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia pada 18-20 Nov., 2008 di Subang Jaya.

PENERBITAN BAHAN ILMIAH




BUKU AKADEMIK, MONOGRAF DAN BUKU TEKS

Hashim bin Musa, 1977, Teori Innateness dan Konsep Asyhadu: Huraian tentang Bahasa, Akal dan Ilmu (Innateness Theory and Concept of Shahadah: Description of Language, Mind and Knowledge), Kertas Data/Monograf No. 17, Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Hashim bin Musa, 1983, Ke Arah Penghayatan Islam Yang Sejati (, Pustaka Melayu Baru, Kuala Lumpur.

Hashim bin Musa, Nik Safiah A Karim, Farid M Onn, Abdul Hamid Mahmood, 1986 (1993, 8th printing) Tatabahasa Dewan Jil. 1: Ayat,,Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.


Hashim bin Musa, Nik Safiah A Karim, Farid M Onn, 1989 (1993, 7th printing) Tatabahasa Dewan, Jil. 2: Perkataan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Hashim bin Musa, 1990, Tatabahasa Bahasa Melayu: Huraian Berdasarkan Rumus Struktur, Agensi Penerbitan Nusantara, Kuala Lumpur

Hashim bin Musa, 1993, Binaan dan Fungsi Perkataan dalam Bahasa Melayu: Satu Huraian dari Sudut Tatabahasa Generatif , Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Hashim bin Musa, Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, dan Abdul Hamid Mahmood, 1993, Tatabahasa Dewan Edisi Baharu , Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Hashim bin Musa, 1994, Pengantar Falsafah Bahasa (, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Hashim bin Musa, 1994, Falsafah Bahasa Melayu: Beberapa Aspek Kajian, DJ Gemilang, U.I.A., Petaling Jaya.

Hashim bin Musa, 1994, Pertumbuhan dan Perkembangan Bahasa Melayu: Alirannya Berdasarkan Teks‑Teks Terpilih Kertas Data/Monograf Siri Baru 2, Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.


Hashim bin Musa, 1997, Epigraphy Melayu: Sejarah Sistem‑Sistem Tulisan bagi Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur,

Hashim bin Musa dan Ong Chin Guan, 1998, Pengantar Ilmu Makna, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


Hashim bin Hj Musa, 1999, Sejarah Perkembangan Tulisan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hashim bin Musa, 1999, Faslafah dan Logika Melayu: Suatu Pengenalan ,Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu.

Hashim bin Hj Musa, 2001, Merekonstruksi Tamadun Melayu Islam: Ke Arah Pembinaan Sebuah Tamadun Dunia Alaf Baru, Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu.

Hashim Hj Musa, 2001, Falsafah, Logik, Teori Nilai dan Etika Melayu, Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu

Hashim Hj Musa, 2002, Agenda Melayu: Ke Arah Pembinaan Tamadun Melayu Bertaraf Dunia Alaf Ketiga Petaling Jaya: Institut Perkembangan Minda (INMIND).

Hashim Hj Musa, 2003. (Cetakan kedua/second printing). Epigrafi Melayu: Sejarah Sistem Tulisan dalam Bahasa Melayu Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Nik Safiah Karim, Farid M Onn, Hashim Hj Musa, Abdul Hamid Mahmood. 2003 (Cetakan kelapan/ 8th printing). Tatabahasa Dewan Edisi BaharuKuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


Hashim Hj Musa. 2004. Pemerkasaan Tamadun Melayu Malaysia: Menghadapi Globalisasi Barat . Kuala Lumpur: University of Malaya Press.

Hashim Hj Musa (ed.). 2005. Bahasa dan Pemikiran Melayu. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu.

Hashim bin Musa. (Pengkaji) 2005. Karya Agung: Bustan al-Katibin Karangan Raja Ali Haji (Hassan Ahmad. Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan.




Hashim Musa, 2006. (Edisi Ke-2 Siri Lestari Bahasa) Epigrafi Melayu: Sejarah Tulisan dalam Bahasa Melayu Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hashim Musa, 2006. (Edisi Ke-2 Siri Lestari Bahasa). Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi) S. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hashim Hj Musa. 2006. Pengantar Falsafah Bahasa Edisi Kedua Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hashim Musa, 2008. Hati Budi Melayu: Pengukuhan Menghadapi Cabaran Abad ke-21. Serdang: Penerbit UPM.

Nik Safiah Karim, Farid M Onn, Hashim Hj Musa, Abdul Hamid Mahmood, 2008. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

KETIKA DAN KALIMAT


Sepanjang tiga tahun aku kat UPM ni,banyak sangat pengalaman yang aku dapat. Baik manis, pahit dan segala macam perasaan yang aku hadapi selama aku di sini. Tetapi pengalaman itulah yang telah mematangkan aku. Pengalaman itulah juga yang membuatkan aku jadi dewasa. Aku ingat lagi. First time,aku masuk UPM dulu..macam rusa masuk kampong. Macam blurr je..maklumlah dulu duk kampong.apela sangat yang ada.Tapi, itulah pengalaman. Bila aku kenang kembali mesti aku senyum sorang-sorang..
Bila dah jadi student,cabaran pun bermula..apa taknya.masa sekolah menengah dulu, situasi lain. Tapi, bila belajar kat UPM lain pulak keadaannya. Betul kata orang banyak berjalan banyak jugalah dapat pengalaman. Ni nak citer pulak pasal pengalaman pertama masuk kelas.Takutnya aku…pelajar ramai..tak macam kat sekolah dulu..satu kelas lebih kurang 30 orang je..tapi yang ini lain citer, satu kelas hampir mencecah ratusan pelajar..bayangkan. Bila ada presentation lagi la…jantung aku punyalah laju berdendangkan lagu gementar…kalau aku nak bandingkan zaman sekolah dengan dah jadi mahasiswa..memang banyak sangat beza.. tapi, itulah keadaan yang aku kena hadapi..
Bila tiba time cuti semester je aku lah manusia yang paling gembira…aku nak balik kampung…rindu la kat mak ayah aku..sebelum ni mana pernah aku berjauhan dengan mak ayah aku..dulu duk kat asrama pun mak ayah selalu pergi jenguk..jarak asrama dengan rumah pulak dekat je..paling kurang pun 2 minggu sekali aku balik…itu pun masa tingkatan lima je..sebab terpaksa duk kat asrama..maklumlah arahan pengetua..
Bila dah sampai kampung…alahai..seronok sangat…rasa macam mati hidup semula jer..boleh la relaks-relaks sekejap..takdelah sangat terbeban dengan assignment..
Lepas dah lama cuti, tiba lah masa untuk kembali ke kolej…arrgghhh…tensyennya..terasa kejap je cuti.. Masuklah pulak semester kedua…rupa-rupanya,banyak lagi cabaran yang aku kena hadapi “ sekitar ” semester dua ni…tapi,semester ni aku tak lah rasa macam mula-mula aku masuk dulu..aku dah dapat sesuaikan diri aku dengan persekitaran kat UPM..Dah pandai keluar jalan-jalan dah…siap pergi shoping lagi..seronok…tapi,dalam seronok-seronok pun aku tak delah sampai lupa status aku sebagai pelajar..aku belajar jugaklah..buat ulangkaji semua…semester kedua ni memang rezeki aku..sungguh aku tak sangka..nama aku tersenarai sebagai penerima MACAZ ( anugerah pengetua kolej )seronok sangat..cikit rasa bangga tu adala….
Da abis tahun pertama aku kat universiti..kini masuklah pulak tahun kedua..lain pulak ceritanya…time ni dah mula rasa besar kepala…biasalah dah setahun belajar kan..cikit rasa malas tu biasala..dah pandai ponteng kelas dah…tapi,semalas-malas aku pun paling kurang 2 jam je aku ponteng kelas untuk satu-satu subjek..itu pun memang ada hal yang memang tak boleh nak elakkan la…kira ok la tu berbanding dengan orang lain yang mencecah 7-8 jam tak gi kelas..kiranya, aku ni masih tergolong dalam kalangan orang yang masih sedarkan diri la..hehehe.. bercerita pasal kawan plak..sepanjang aku kat UPM, aku memang ramai kawan.baik lelaki mahupun perempuan..semuanya baik-baik belaka..tapi dalam banyak-banyak kawan, aku ada lebih kurang 7 orang kawan paling baik..boleh la kalau setakat nak bercerita, berkongsi suka duka..bermula daripada tahun pertama sehingga kini aku masih bersama dengan mereka. Macam belangkas..maklumlah kos sama..kelas pun sama..kolej pun sama…memang seronok..pensyarah-pensyarah pun baik-baik belaka..Pendek kata memang seronoklah belajar kat universiri ni..Tak semua orang dapat masuk universiti tau..Jadi, bersyukurlah kepada sesiapa yang terpilih untuk masuk u…
Sambung pulak cerita pasal kawan-kawan .Betul lah kata orang..hidup tanpa kawan tak seronok…terasa hati dengan kawan –kawan memang banyak..tapi,nak buat macam mana. Kalau tak de kawan, aku nak berkawan dengan siapa..betul tak ?ala..u all pun mesti ada punyer masalah dengan kawan-kawan..tak kan lah hubungan korang dengan kawan-kawan mendatar saja kan...mana best macam tu..aku tau sangat bila masalah akan timbul..bila ada je assignment group maka bermula lah episode duka dalam berkawan..masing-masing macam nak melepaskan tangungjawab kerja kumpulan. Itu tak termasuk lagi ahli group yang suka balik kampung…biasala bila dah balik kampung, mana sempat nak bincang lagi...stress wei..aku paling pantang orang tak buat keje. Kalau dah nama pun satu group buat keje sama-sama la..tak kan yang lain jer kena buat keje. Nanti,kalau dapat markah sume nak tinggi..tak adil la kan..kalau boleh, biar lah susah senang bersama.Dah nama pun satu group..kan?tapi, itu cerita lama..Semua dah berlalu pun…tapi,itulah pengalaman..pengalaman lah yang menjadikan kita dewasa…semester 4 juga banyak juga kenangan manis aku rasa. Yang pahit tu pun banyak..tapi,aku malas nak kenang-kenang lagi..alhamdulillah..semester 4, nama aku masih di dalam senarai penerima MACAZ..Ala, anugerah pengetua kolej tu…walaupun anugerah tu tak la seglamour anugerah bintang popular tapi aku bersyukur kerana masih layak untuk mendapat anugerah itu..Sekurang-kurangnya, mak dengan ayah kat kampung pun gembira dengan pencapaian akademik aku..aku kalau boleh nak jugak gembirakan hati mak ayah..Biar pengorbanan mereka selama ini berbaloi..sedarlah wahai kawan-kawan..dah banyak kita susahkan mak ayah kita..apa kata sekali dalam hidup kita, kita buat la mereka gembira.Besar pahala bagi seorang anak yang mengembirakan hati mak ayah…
Sekejapnya masa berlalu..Pejam celik, pejam celik dah masuk semester 5.Semester ini aku sedih cikit. Banyak perkara yang tak aku duga berlaku..Masalah peribadi tak usah cakap la..normal la bagi setiap manusia berperasaan seperti itu..Kalau hidup gembira saje..tak seronoklah..sedangkan air di laut pun ada pasang surutnya.Begitulah juga dengan hidup kita...Sekejap kita gembira,sekejap kita sedih..ala,hidup ni macam roda la..tak kan la kita nak selalu d atas jer..kadang-kadang kita kena rasa dan lalui jugak perasaan berada di bawah…Aku ingat lagi,semester ni aku ada ambik satu subjek tu..memang susahlah sikit..tapi,aku tak kisahlah..susah ke senang ke kita memang kena hadapi..kalau tak bila masanya kita nak jadi pandai..kena berkbanlah cikit..nak dijadikan cerita ada sorang kawan aku..aku dengan dia oke la..hubungan semua baik..tak de masalah..Cuma, bila pensyarah suruh buat keje.Dia sibuk dengan kerja lain.Besok nak hantar tugasan,mulalah dia kalut...lepas tu mula lah susah hati.yang jadi mangsanya…aku lah…memang tensyen..sehinggakan nak buat pendahuluam pun aku kena ajar.bukanlah aku nak tunjuk aku ni pandai sangat.tapi, kalau kita tak berusaha mana mungkin kita dapat ilmu baru…betul tak?aku pun heran, selama ini apa saje lah yang dia buat..hinggakan pendahuluan pun tak tau nak tulis...heran..heran..yang aku sedih sangat-sangat dan sampai hari ini aku tak boleh lupa ialah apabila dia dengan beraninya meniru tugasan aku.bikan sekadar meniru, tapi siap copy paste aku punya assignment lagi..cuba korang bayangkan apa perasaan korang bila diperlakukan begitu..aku punyelah susah nak siapkan assignment tu..pergi library buat rujukan.search internet nak dapatkan bahan.beli majalah untuk dapatkan maklumat.dia senang-senang hati jer copy paste aku punye assignment..masa aku dapat tahu,aku rasa nak menitik jer air mata aku ni..sungguh aku tak sangka.kepercayaan yang aku bagi dia dah nodai.ada lah satu hari tu dia mintak aku punya laptop..aku bagi jelah..aku tak kisah kalau dia nak pinjam sekejap..aku pun faham jugak.tapi, aku tak sangka pulak dia copy paste aku punye assignment..tak sangka kan..kawan baik pun boleh buat macam tu..aku dapat tahu minah ni copy paste aku punyer assignment pun bila dia sendiri yang suruh aku baca assignment dia sebelum di hantar kat pensyarah kat kelas pagi tu..memang kuasa Tuhan..minah tu pun sengal jugak..dah tau copy paste aku punyer assignment,janganlah bagi aku baca..kan dah kantoi…bila aku baca je assignment tu,aku memang tak boleh pandang minah tu...panas hati beb..satu sifat yang aku paling benci dalam diri aku ni, aku susah nak berterus terang..so,aku pendam jela..abis je kelas tu,mood aku pun dah lain..aku dah malas nak layan dia..malamnya pulak aku tak boleh tidur..aku asyik fakir risiko yang bakal aku hadapi nanti.mulanya,aku nekad nak bagi tau pensyarah.tapi, bila fakir-fikir balik lain pulak ceritanya.silap haribulan aku jugak yang kena buat balik..so,aku biarkan aje..tapi,aku tetap tak berdiam diri..aku rasa tak sedap hati.walaupun sebelum ni aku tak pernah meluahkan rasa tak puas hati aku kat sapa-sapa tapi, malam tu memang aku tak boleh tahan. Aku pun dengan beraninya tanyalah kat minah sengal ni..mulanya, dia tak nak ngaku.tapi bila aku Tanya dan terus Tanya akhirnya minah ni pun mengakulah…sah..memang dia copy paste aku punyer assignment..kalau ikutkan hati ni mahu aje aku tamper minah tu..tapi,Alhamdulillah.aku masih ada sifat yang satu tu iaiti sabar… minah ni pulak dah serba salah..yela..da buat salah..lepas tu orang lain dah tahu..tak senang duduklah jadinya…hubungan aku dengan dia dah jad sedikit janggal..minah tu pun macam dah malu-malu dengan aku..itu lah masa nak buat aktiviti copy paste tak fikir baik buruknya..bila dah jadi baru lah menggelabah..minah..minah..apa nak jadi dengan kau minah…tapi,aku tak tau la keputusan aku ni tepat ke tidak.aku tak bagi tau pun pensyarah tu..banyak jugalah sumpah seranah aku kat minah tu..biasalah hati mana yang tak panas kalau dah jadi macam tu..tapi,jauh di sudut hati aku,aku berdoa semoga minah tu sedar diri dan berubah..Tapi,bila dapat result aku dapat tau result aku untuk subjek tu lagi baik darpada minah tu..Allah punya kuasa.sentiasa menolong hamba-hambanya yang teraniaya. Terima kasih Tuhan…dan, Alhamdulillah semester ni jugak aku sekali lagi dapat anugerah MACAZ..Syukur Alhamdulillah..terima kasih ya ALLAH di atas rezeki dan nikmat mu ini..
Dah abis semester 5, aku cuti lagi..dapat lah rehat sekejap..tenang-tenangkan diri..yang pastinya azam baru untuk semester 6 telah terpahat di hati aku…
Kini semester 6 telah menjengah..semester yang paling sibuk bagi setiap pelajar yang bergelar pelajar tahun akhir. Dengan kertas kerja yang perlu di hantar lagi, assignment tak usah la citer..memang banyak..tapi,oke lah semua dah settle.Tumpuan sekarang hanya kat Projek paper. Dah siap project paper nanti boleh la pulak fokus untuk final exam.. Semester 6 ni memang menarik..lain daripada kisah-kisah yang lain..ada satu subjek yang menarik minat dan perhatian aku..dan yang pastinya, semester 6 ni mempunyai kisah yang tersendiri…Bermulalah al kisahnya di kelas BBM 3410 BAHASA DALAM MULTIMEDIA. Pensyarahnya memang unik dan sedikit pelik.tapi,aku kagum dengan ketegasan dan kebolehannya yang mengendalikan kelas kami..Bayangkanlah,pelajar yang datang lambat satu minit pun akan dikenakan hukuman.Hukuman yang aku maksudkan bukanlah hukuman gantug tapi hukuman potong markah kumpulan bagi setiap ahli kumpulan yang datang lambat..cayalah..memang berkesan..semua pelajar tak berani datang lambat..tapi,kadang-kadang ada jugak lah pelajar yang terbabas…biasalah..hehehe..ada yang kena berpantulah,ada yang kena berdiri kat depan lah..eee..macam-macam..nasib baik aku belum tergolong lagi dalam golongan yang datang lambat..kalau boleh taknak lah jadi macam tu..memalukan aje..masa kat kelas tu ada je aktiviti yang akan di buat..kadang-kadang kita sebagai pelajar tak boleh nak agak apa yang pensyarah tu nak buat..kat kelas tu banyak benda baru yang aku belajar.daripada aku tak tahu satu apa pun tentang multimedia, kini aku dah ada pengetahuan.boleh la..tak banyak pun sikit lah..kira oke la daripada tak de pengetahuan langsung..Banyak benda baru yang aku belajar daripada kelas tersebut. Buat e-majalah, buat power point, penghasilan calendar, mereka bentuk website berdasarkan papan cerita,blog dan banyak lagi..memang menarik.part yang paling aku suka ialah semasa ditugaskan untuk membuta program di rumah anak-anak yatim. Memang mencabar. Dari sekecil-kecil hal hinggalah membawa kepada kejaayaan program tersebut semua aku belajar. Rupanya, susah jugak nak buat satu-satu program.kena banyak berkorban dan bersabar,baru kita akan nampak hasilnya. Tapi, apa yang ako boleh cakap memang bagus la belajar multimedia.tak salah kita mengaplikasikan multimedia dalam hidup kita.sebabnya, banyak kelebihan bila kita tahu menggunakan kemudahan yang ada. Rugi lah bagi mereka yang tidak tahu tentang multimedia. Ada banyak sebenarnya yang menarik tentang kelas ini. Hanya oraang yang masuk kelas tu je yang tahu betapa seronoknya kelas bahasa dalam multimedia.
Aku ingat lagi masa mula-mula masuk kelas ni.aku dan group aku serta group-group yang lain ditugaskan untuk membuat esei.tajuk diberikan oleh pensyarah. Malangnya, kami hanya ditugaskan untuk menyiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan.apa saja yang kami buat akan dipantau oleh pensyarah..apalgi,kalutlah kami..biasalah first time buat kerja dalam tekanan.biasanya,apa saje assignment akan diberi dalam tempoh masa tertentu.tapi,untuk assignment kali ini cabarannya agak berbeza. Dalam kelas tu jugaklah masing-masing akan menunjukkan komitmen masing-masing. Dalam kelas ni jugaklah aku dapat lihat semangat kerjasama sesame ahli kumpulan.kalau sebelim ini, tugasan group hanya disertai oleh sleeping partner,tapi kali ini memang berbeza. Semua ahli kumpulan tahu peranan dan tugas masing-masing..best kan…
Dalam banyak-banyak kerja yang ditugaskan aku paling tension dengan satu kerja tu…buat adobe photoshop..penghasilan kalendarlah kononya..penatnya untuk hasilkan calendar tu tak dapat aku ceritakan.. berminggu lamanya aku spend kan masa aku untuk buat calendar…cabaran sangat-sangat..tapi, bila dah siap seronok pulak tengok hasil kerja aku…tak sangka, rupanya dalam susah payah menyiapkan kerja tu ada jugak ilmu yang aku dapat..
Lepas tu kan..selain daripada buat kerja-kerja tu, kami jugak ditugaskan untuk membuat e-majalah..rumit tu memangla..kerja apa yang senang,kan?? Tapi,kata orang bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. Begitulah prinsip aku dan kumpulan aku..masa buat majalah kami pilih tema tentang permainan tradisional..apalagi,maka bermulalah kerja kami sebagai “ arkitek ”.hahaha…macam-macam kami lukis..ada yang lukis gasing, wau, ting-ting, upih dan segala macam alat permainan tradisional. Masing-masing tunjuklah kepakaran masing-masing..hasilnya, hebat…memang hebat….hahaha..tapi,oke ape..kumpulan aku dah tak payah buat balik..hebatlah tu..ada jugak kumpulan lain yang kena repair balik e-majalah yang diorang buat kerana tak menepati criteria yang ditetapkan..ha, bukan senang tau nak senang.kena usaha berganda-ganda…tapi,xpela..sekalipun penat dan letih serta stress tapi,kami gembira.selama ini pun mana pernah aku buat e-majalah.masa kat kelas tu lah aku menyumbangkan sepenuh tenaga dan usaha aku untuk menghasulkan e-majalah tu…sape-sape yang perlukan khidmat aku untuk buat majalah nanti, contact lah aku..hehehe…
Ada lagi satu cerita ni..dalam kelas multimedia ni jugak aku dan kawan-kawan yang lain belajar lah cikit-cikit cara dan teknik ambik gambar..nak ambik gambar pun kena ada skill tau..bukan main hentam je.aku dan group aku macam biasalah..buat kerja sama-sama..posing sakan lah kami..tapi, kerja kami bukan setakat amik gambar dan posing je..ada lagi kerja tambahan yang kami kena buat…nak tau kerja apa??apalagi, kena buat slide show la..maka, dengan susah payahnya kami buatlah..siap je slide tu nanti kami kena present tau..baru lah Nampak hasil kerja..kan? kalau setakat amik gambar je buat apa..kena lah aplikasikan dengan apa yang kita dah sedia belajar..barulah complete kerja kita…hasilnya, memang membanggakan…
Tapi, apa yang aku dapat dalam kelas multimedia ni kira baguslah.banyak ilmu dan pengetahuan baru yang aku dapat..jangan korang fikir pelajar bahasa linguistic melayu tak tau pasal multimedia…kami pun up to date tau..semua benda kami belajar dan kami aplikasi..bukan sekadar datang kelas dan mendengar kuliah saje.tapi,kami ada skill tertentu untuk dapatkan ilmu serta tambahkan pengetahuan kami..justeru, jangan lah korang pandang rendah pada kami..tanpa kami dan pakar bahasa ni, mana mungkin bahasa kita boleh berdiri gah sehingga ke hari ini…

Sebagai akhirnya, banyak kenangan yang aku dapat sepanjang tiga tahun aku di sini.ada pahit, ada manisnya.tapi, bagi aku sama ada pahit mahupun manis semuanya indah..itulah kenangan yang aku ada selama aku di sini..Buat pensyarah kelas multimedia dan tutor terima kasih di atas jasa mu..tanpa tunjuk ajar kalian kami mungkin buta dengan kecanggihan yang ada sekarang ini..kepada group PERSONA MAYA, terima kasih di atas kerjasama kalian selama ini…kalian memang hebat…aku kagum dengan usaha dan kesungguhan kalian…

BIDANG KEPAKARAN-PROF.DR.HASHIM



  • LINGUISTIK MELAYU


  • NAHU: SINTAKSIS DAN MORFOLOGI


  • PERADABAN MELAYU


  • FALSAFAH DAN PEMIKIRAN MELAYU


  • JAWI


PENGIKTIRAFAN DAN ANUGERAH YANG DITERIMA OLEH PROF.DR.HASHIM HAJI MUSA


-ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG, UM 1994, 1998, 1999,2003,2004

-PEMENANG ANUGERAH CITRA PENDITA 2000, DBP, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, KUALA LUMPUR.

-ANUGERAH BAHASA 1996, PERSATUAN LINGUISTIK MALAYSIA, PUBLIC BANK

-ANUGERAH EMAS REKA PAMERAN REKA CIPTA, PENYELIDIKAN DAN INOVASI UPM 2008

BIODATA PROF.DR.HASHIM HAJI MUSA


Profesor Dr. Hashim bin Hj.Musa di lahirkan di Negeri Kelantan pada 10 September 1945. Beliau kini menetap di no 14, Jalan 17/21F, 46400 Petaling Jaya, Selangor. Pada tahun 1996, beliau menyambung pengajian di Maktab Perguruan Kuala Lumpur.Seterusnya, pada tahun 1972 beliau meneruskan lagi pengajian beliau di Universiti Malaya ( B.A Hons ) dan mendapat kelas ke dua atas dalam pengajiannya. Kemudian, pada tahun 1975 beliau melanjutkan pengajiannya dalam bidang master di Universiti Malaya. Kemudian, meneruskan lagi pengajiannya di Universiti California, Berkeley, Amerika pada tahun 1980. Seterusnya, pada tahun 1987 beliau melanjutkan pelajaran Universiti Cairo dalam Bahasa Arab. Akhirnya, pada tahun 1988 beliau Berjaya mendapat Ph.d dan bergelar Doktor Falsafah

Monday, March 30, 2009

SEBAHAGIAN DARIPADA KARYA PROF.DR.HASHIM MUSA




  • JURNAL
    Hashim bin Musa. 1973. "Perbandingan Ringkas antara Konsep Tatabahasa Tradisional dengan Tatabahasa Struktural (A Brief Comparison between The Traditional and Structural Grammatical Concepts)", Jurnal Dewan Bahasa Jil. XVII, Bil. 1, Jan. 1973, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur (h. 6‑19), (bertaraf antarabangsa ‑ international status).

    Hashim bin Musa. 1973. "Konsep Pasif dalam Bahasa Melayu (The Passive Concept in Malay Language)", Jurnal Dewan Bahasa , Jil. VII, Bil. 2, Feb. 1973, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur (h. 50‑56), (bertaraf antarabangsa ‑ internatioanl status).

    Hashim bin Musa. 1976. "Tiga Rencana Linguistik (Three Linguistic Articles)", Jurnal Dewan Bahasa, Jil. XX, Bil. 11, Nov. 1976, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur (h. 715‑732), (international status).


    Hashim bin Musa, Nik Safiah A Karim, Farid M Onn, Abdul Hamid Mahmood, 1986 (1993, 8th printing) Tatabahasa Dewan Jil. 1: Ayat (Dewan (Malay) Grammar Vol.I: Sentences), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.


  • BUKU AKADEMIK

    Hashim bin Musa, Nik Safiah A Karim, Farid M Onn, 1989 (1993, 7th printing) Tatabahasa Dewan, Jil. 2: Perkataan (Dewan Malay Grammar Vol. 2: Words), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

    Hashim bin Musa, 1990, Tatabahasa Bahasa Melayu: Huraian Berdasarkan Rumus Struktur Frasa (The Syntax of Malay: A Description Based on Phrase Structure Rules) , Agensi Penerbitan Nusantara, Kuala Lumpur

    Nik Safiah Karim, Farid M Onn, Hashim Hj Musa, Abdul Hamid Mahmood. 2003 (Cetakan kelapan/ 8th printing). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Dewan (Malay) Grammar: New Edition. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Hashim Hj Musa. 2008. Hati Budi Melayu: Pengukuhan Mengahadapi Cabaran Abad ke-21. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

    Hashim Hj Musa. 2007. Pelestarain Jawi dan Seni Khat. (dalam) Adu Yasran et al. (eds.) Cendekia: Kumpulan Esei Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu. Serdang: Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM.

    Hashim bin Musa, 1995. "Sejarah Awal Tulisan Jawi (Early History of the Malay Jawi Script)", paper presented at the International Conference and Exibition of Malay Manuscripts, organized by National Library of Malaysia, Kuala Lumpur, October 2‑4, 1995.

    Tulisan Jawi dan Kesan Keintelektualan Alam Melayu Serantau”, kertas kerja jemputan dalam Seminar Aksara: Menjejaki Tulisan Melayu. Anjuran National Library Board of Singapore dan Kesatuan Guru-Guru Bahasa Melayu Singapura, 10 Mac, 2007. di Singapura.

    Tulisan Jawi: Memperkasa, mengantrabangsa dan melestarikan 1000 tahun khazanah warisan bangsa Melayu.” Kertas kerja dalam SEBAHTERA, Semianr Bahasa, Kesusastraan dan Kebudayaan Melayu, Anjuran Bersama Akademi Pengajian Melayu dan Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan, pada 28 Jun, 2006.

    “Pelestarian Jawi dan seni khat.” Bengkel Pembudayaan Seni Khat. Kertas kerja jemputan khas Anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia, pada 8-10 April, 2006, di Kuala Lumpur

BAKTI DAN JASA PROF.DR.HASHIM MUSA


Beliau telah dilantik sebagai anggota Panel NUIM (Nadwah Ulama dan Ilmuwan Malaysia) perlantikan Yayasan Dakwah Malaysia dengan bidang tugas memantau dan menangani isu-isu dakwah, amalan agama Islam dan hubungan agama di Malaysia - Oktober 2007 - hingga kini. Di samping itu juga, beliau juga merupakan anggota Panel Penulis Buku Islam Hadhari: Pendekatan Pembangunan Peradaban, perlantikan dan tajaan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, 2007. Selain itu, beliau juga dilantik sebagai Panel Penasihat Unit Kecemerlangan Warisan Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM.
Sebagai seorang cendikiawan, banyak bakti dan sumbangan yang telah dicurahkan oleh beliau. Antara lainnya beliau telah dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Panel Hakim Anugerah Media Islam Negara (AMIN) 2007, Perlantikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Mei 2008. Nyata, perlantikan beliau membawa perubahan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia itu sendiri. Selain itu juga, walaupun beliau sering dibebani tugasan sebagai pensyarah beliau juga tetap dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Penghakiman Hadiah Karya Ilmiah DBP 2007, perlantikan Dewan Bahasa dan Pustaka pada bulan Mei 2008.Seterusnya, pada tahun 2008 juga beliau juga telah menyandang jawatan sebagai Pemeriksa Luat Tesis Ph.D calon Sangkar bin Rasam @Mohd Sharuddin Abdullah, Fakluti Bahasa, yang bertempat di Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim 2008.

Wednesday, March 25, 2009

BERSAMA MARTABATKAN TULISAN JAWI- PROF.DR. HASHIM MUSA



Dalam kitab Seribu Masalah perkataan Jawi merujuk kepada Melayu. Selain itu, Jawi juga merujuk kepada Tanah Jawi, turun ke Jawi, kitab Jawi, ulama Jawi, orang Jawi, masuk Jawi, padi Jawi (padi biasa, bukan pulut), dan tulisan Jawi. Skrip Jawi berasal daripada skrip Arab yang sampai ke kepulauan Melayu bersama kedatangan Islam. Wilkinson pula mensinonimkan Jawi dengan Melayu . Inskripsi Arab/ Jawi tertua terdapat pada batu nisan sultan Malik al-Saleh di Pasai, Sumatera bertarikh 1297 M. Inskripsi Arab/ Jawi berbahasa Melayu tertua ialah Batu Bersurat Terengganu bertarikh 1303 M . Dua jenis skrip Kawi/Melayu dan Arab/Jawi pada batu nisan Sheikh Ahmad Majnun, bertarikh 1467/68 M menunjukkan hubungan kerajaan Melaka dengan kerajaan Majapahit. “Jawi” adalah nama yang diberikan kepada Kepulauan Melayu (Tanah Jawi), Seluruh bangsa di Kepulauan Melayu (bangsa Jawi), Bahasa yang digunakan oleh mereka (bahasa Jawi), Tulisan yang digunakan oleh mereka (tulisan Jawi)
Justeru, hasil daripada diskusi yang dilakukan bersama Prof. Hashim Musa, beberapa pendekatan baru telah di sarankan oleh beliau bagi memartabatkan tulisan jawi . Pertamanya, golongan yang terlibat haruslah mengadakan satu publisiti besar-besaran bagi memartabatkan tulisan jawi . Menurut beliau lagi, keindahan dan seni khat harus dipertontonkan umum bagi memberi satu dimensi baru tentang tulisan jawi. Khazanah lama yang berkaitan dengan tulisan jawi juga harus dikaji dengan lebih mendalam lagi. Hal ini penting bagi memberi nilai dan nafas baru kepada tulisan jawi yang kian dilupakan. Keduanya, beliau juga menyarankan agar generasi hari ini dapat membudayakan tulisan jawi .Dengan adanya cara sedemikian, tulisan jawi dapat dipertahankan pada masa akan datang. Selain itu juga, beliau juga menegaskan bahawa “Minggu Jawi” juga harus dilakukan bagi menghargai tulisan dan keindahan yang ada pada jawi itu sendiri.

SENI KHAT TULISAN JAWI- PROF.DR.HASHIM MUSA


Memang tidak dapat dinafikan bahawa terdapat banyak tulisan di dalam Bahasa Arab di alam melayu sama ada untuk merakamkan ayat-ayat suci al-Quran, doa-doa, dan lain-lain yang ditulis di atas pelbagai bahan seperti bati nisan, batu bersurat, dinding-dinding bangunan, masjid, istana, kain dan lain-lain lagi dengan pelbagai tulisan jenis tulisan jawi misanya kufi, Tuluth, Naskhi, Dewani, Farisi, Riqa’, Ta’liq, Nasta’liq dan sebagainya. Misalnya, pada batu nisan seorang wanita bernama Fatimah bt Maimun bin Haibatullah di Leran Jawa Timur bertarikg 1082 masihi.

Terdapat tulisan arab dalam khat kufi yang di hias indah pada batu nisan Malik al Salleh di Pasai bertarikh 1297 masihi pula terdapat tulisan arab dalam khat Thuluth.Begitu juga pada dinding-dinding bangunan dan lain-lain di semenanjung Malaysia seperti di Melaka, Pahang, Kedah terdapat tulisan dalam pelbagai khat seperti khufo, Thuluth, Naskhi, Farisi dan lain-lain lagi.